Isnin, 28 Disember 2009

Rokok oh rokok

Sekarang ni sibuk pasal harga rokok. Mulai Jumaat ni, setiap batang rokok mesti dijual dengan harga sekurang-kurangnya 32 sen. Ini kerana, harga minimum sebungkus rokok 20 batang ialah RM6.40. Bagi yang menghisap dua kotak sehari, jumlah minimum untuk rokok menjadi RM12.80. Ini baru sehari, kalau sebulan? Darab dengan 30, dapat la RM384.00! Boleh buat bayaran bulanan rumah ni. Tak pun boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Saya dulu adalah seorang perokok tegar. Hampir 13 tahun saya menjadi perokok. Alhamdulillah, semakin hari saya makin sedar yang merokok ni mudaratnya lebih besar dari faedahnya. Dengan izin Allah swt, saya ambil pek permulaan Champix dan berjaya berhenti merokok. Kawan-kawan ramai yang tak percaya bila saya kata saya sudah berhenti merokok. Bagi saya, saya sayangkan diri dan keluarga. Diizinkan Allah, saya ingin hidup selama yang mungkin.

Apa yang memotivasikan diri saya untuk berhenti? Selain dari faktor kesihatan, saya benci bila saya terlalu bergantung kepada rokok. Rokok sentiasa melekat di fikiran. Bangun pagi ingat rokok, pergi toilet pun bawak rokok, apatah lagi lepas makan. Seolah-olah menjadi hamba rokok pula.

Bagaimana dengan anda? Susah sangat ke nak berhenti merokok? Hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Isnin, 14 Disember 2009

ASB agih dividen 7.30 sen, bonus 1.25 sen seunit

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.30 sen dan bonus 1.25 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Tahun lalu, anak syarikat milik penuh PNB itu memberi agihan pendapatan sebanyak 7.0 sen dan bonus 1.75 sen.

Pengiraan agihan pendapatan hendaklah dibuat berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, manakala pengiraan bonus berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sejak 10 tahun lalu bermula 2000.

Sehubungan itu, semua urus niaga unit ASB ditangguhkan mulai 21 Disember ini sehingga 3 Januari 2010 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

Pemegang ASB boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat ASNB, pejabat ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 4 Januari depan.

Sumber asal: Utusan Malaysia 15-12-2009

Dividen dan bonus ASB pun telah diumumkan. Kepada yang ada buat OD-ASB tu bolehlah gunakan duit ni untuk topup balik akaun od.