AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.30 sen dan bonus 1.25 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.
Tahun lalu, anak syarikat milik penuh PNB itu memberi agihan pendapatan sebanyak 7.0 sen dan bonus 1.75 sen.
Pengiraan agihan pendapatan hendaklah dibuat berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, manakala pengiraan bonus berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sejak 10 tahun lalu bermula 2000.
Sehubungan itu, semua urus niaga unit ASB ditangguhkan mulai 21 Disember ini sehingga 3 Januari 2010 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.
Pemegang ASB boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat ASNB, pejabat ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 4 Januari depan.
Sumber asal: Utusan Malaysia 15-12-2009
Dividen dan bonus ASB pun telah diumumkan. Kepada yang ada buat OD-ASB tu bolehlah gunakan duit ni untuk topup balik akaun od.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan